Pelantikan Menteri Besar ikut prosedur ditetapkan - Ismail

Ismail (duduk) menjawab pertanyaan wartawan sebaik tiba bagi memulakan tugas hari pertama beliau di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Wisma Negeri pada Selasa. Foto Bernama
Ismail (duduk) menjawab pertanyaan wartawan sebaik tiba bagi memulakan tugas hari pertama beliau di Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan, Wisma Negeri pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Datuk Ismail Lasim menegaskan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dibuat secara teratur serta mengikut tatacara ditetapkan.

"Saya rasa tatacara pelantikan diikuti dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas memulakan tugas rasmi di Wisma Negeri di sini pada Selasa.

Sebelum ini, Pengerusi Wawasan, Tan Sri Rais Yatim dilapor mempersoalkan urusan pelantikan Menteri Besar Negeri Sembilan termasuk mendakwa wujudnya campur tangan dari pihak luar dalam urusan adat dan perlembagaan Negeri Sembilan.

Ismail yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada PRN Negeri Sembilan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti, Ahad lepas.

PRN Negeri Sembilan melibatkan 36 kerusi DUN dan kemenangan BN di 18 kerusi DUN serta Perikatan Nasional (PN) tujuh kerusi, membolehkan kedua-dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua pertiga. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!