Penganggur bawa dadah dalam kereta

Syed Basri
Syed Basri
A
A
A

BALING- Seorang penganggur ditahan bersama 849.94 gram dadah semasa polis membuat rondaan Op Covid-19 di Malau, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, lelaki berusia 41 tahun dari Kampung Kuak Tengah, Pengkalan Hulu Perak itu ditahan semasa melalui lampu isyarat Jalan Tawar menghala ke Kuala Ketil, jam 4 petang.

Menurutnya, polis melakukan pemeriksaan di dalam kereta jenis Honda City dipandunya dan menemui dadah jenis heroin dengan anggaran berat 469.02 gram serta dadah jenis syabu dengan anggaran berat 380.92 gram.

"Hasil pemeriksaan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis morphine.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Semakan lampau juga mendapati, lelaki berkenaan pernah disiasat mengikut Seksyen 39B ADB, Seksyen 12(2) ADB dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952," katanya.

Terdahulu, Op koronavirus (Covid-19) sedang dilaksanakan pihak berkuasa berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Artikel Berkaitan: