Denda SGD300 tidak pakai topeng muka di Singapura

Penduduk Singapura menerima topeng muka percuma di pusat komuniti. -Foto Al Jazeera
Penduduk Singapura menerima topeng muka percuma di pusat komuniti. -Foto Al Jazeera
A
A
A

SINGAPURA - Singapura mewajibkan semua penduduknya memakai topeng muka setiap kali keluar rumah susulan lonjakan mendadak kes jangkitan koronavirus (Covid-19) di republik itu.

Menurut portal Al Jazeera, kementerian kesihatan Singapura pada Selasa memaklumkan mana-mana individu di republik itu yang didapati tidak memakai topeng muka akan dikenakan denda sebanyak SG$300 (RM915.42).

Bagi kesalahan berulang pula, mereka boleh didakwa di mahkamah dan dikenakan denda yang lebih tinggi.

Namun begitu, pengecualian akan dibuat kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun dan mereka yang berkeperluan khas.

Singapura kini mencatatkan sebanyak 3,232 kes setelah 386 kes baharu dicatat pada Isnin lalu dan 334 kes baharu dicatat pada Selasa lalu.

Kerajaan Singapura pada masa yang sama mula mengedarkan topeng muka secara percuma kepada semua penduduknya.

Artikel Berkaitan: