Akmal Saleh 'ucap terima kasih' kepada Kor Ming

Akmal Saleh memuat naik satu rakaman video di Facebook pada Sabtu.
Akmal Saleh memuat naik satu rakaman video di Facebook pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh secara sinis mengucapkan terima kasih kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Akmal mendakwa keputusan pilihan raya itu menunjukkan rakyat Negeri Sembilan telah mengikut saranan Kor Ming yang sebelum ini menyatakan politik perkauman dan parti yang menunggang agama tidak mempunyai tempat di negeri berkenaan.

"Saya hari ini tak nak marah dengan Nga Kor Ming. Tapi, saya nak ucap terima kasih pada Nga Kor Ming sebab Nga Kor Ming ada keluarkan, dia kata politik perkauman, parti tunggang agama tiada tempat dekat Negeri Sembilan.

"Jadi orang Negeri Sembilan dah ikut saranan Nga Kor Ming. Alhamdulillah orang Negeri Sembilan tolak Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan ini," katanya menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Kor Ming dilaporkan berkata politik perkauman dan parti yang menunggang agama tidak mempunyai tempat di Negeri Sembilan.

Dalam masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut menyindir Kor Ming dengan mempersoalkan sama ada pemimpin DAP berkenaan akan meletakkan jawatan susulan keputusan PRN tersebut.

"Kepada Nga Kor Ming, bila nak letak jawatan? Bye," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!