Tok Mat terus kebal di Rantau, pertahan kerusi sejak 2004

Mohamad
Mohamad
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan terus membuktikan pengaruhnya di Negeri Sembilan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal kelima berturut-turut sejak 2004.

Berdasarkan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat memperoleh 19,050 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Dr Azizul Hakim Mahdi yang meraih 7,032 undi.

Kemenangan tersebut menyaksikan Ahli Parlimen Rembau itu menang dengan majoriti 12,018 undi, sekali gus mengekalkan status Rantau sebagai antara kubu terkuat BN di negeri beradat itu.

Rekod berkenaan juga menjadikan Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO antara wakil rakyat paling lama mempertahankan kerusi DUN selepas memenangi Rantau secara berturut-turut sejak PRN ke-11.

Sepanjang lebih dua dekad mewakili Rantau, Mohamad kekal menjadi antara pemimpin paling berpengaruh di negeri itu termasuk ketika memegang jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan dari 2004 hingga 2018.

Prestasi cemerlang Menteri Luar itu memperkukuhkan kedudukan BN pada PRN kali ini, apabila kerusi berkenaan sekali lagi memberikan majoriti melebihi 10,000 undi kepada gabungan itu.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!