Tinggalkan perbezaan, tumpu tadbir Negeri Sembilan - Ahmad Samsuri

A
A
A

SHAH ALAM- Segala perbezaan sepanjang berkempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 perlu ditinggalkan bagi memberi sepenuh tumpuan kepada amanah yang lebih besar.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini kerana Negeri Sembilan adalah milik seluruh rakyat.

Menurutnya, beliau menghargai semangat muafakat yang telah dizahirkan antara PN dan Barisan Nasional (BN).

"Kesepakatan yang dibina ini lahir daripada hasrat yang sama iaitu memastikan Negeri Sembilan dipimpin dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan petunjuk, kekuatan dan kebijaksanaan kepada semua yang diberikan amanah untuk memimpin, agar setiap usaha yang dilakukan membawa manfaat kepada rakyat serta keberkatan kepada Negeri Sembilan," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Ahmad Samsuri turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh calon PN dan BN atas kemenangan yang membolehkan gabungan itu memperoleh majoriti dua pertiga seterusnya membentuk kerajaan di Negeri Sembilan.

"Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH SWT PRN Negeri Sembilan telah selesai dan keputusan telah pun dibuat oleh rakyat.

"Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setulusnya kepada semua calon yang telah menawarkan diri untuk berkhidmat, seluruh jentera parti di setiap peringkat, para petugas, sukarelawan, penyokong serta semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!