JPN Selangor beri kerjasama penuh siasatan kes kematian guru

JPN Selangor turut mengucapkan takziah dan berdukacita dengan kejadian itu. Foto Facebook JPN Selangor
JPN Selangor turut mengucapkan takziah dan berdukacita dengan kejadian itu. Foto Facebook JPN Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor akan memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan kematian seorang guru wanita di sebuah sekolah di Hulu Selangor, semalam. 

JPN Selangor dalam kenyataan pada Sabtu memaklumkan tumpuan kini ialah untuk memastikan bantuan terbaik bagi keluarga guru itu dengan khidmat sokongan psikososial turut dilaksanakan khusus untuk membantu warga sekolah yang terjejas dengan kejadian tersebut.

"Masyarakat diseru untuk menghormati privasi keluarga dengan tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengganggu siasatan yang sedang berjalan,” menurut kenyataan itu. 

JPN Selangor turut mengucapkan takziah dan berdukacita dengan kejadian itu. 

Sebelum ini, media melaporkan polis menerima panggilan kecemasan kejadian guru tidak sedarkan diri di sekolah itu pada 7.15 pagi sebelum wanita itu disahkan telah meninggal dunia. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!