PRN Negeri Sembilan: 8.29 peratus keluar undi setakat 9 pagi - SPR

Pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian SJKC Kelpin, Jalan Tok Ungku, Taman Ujong sempena PRN Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu. Foto Bernama
Pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian SJKC Kelpin, Jalan Tok Ungku, Taman Ujong sempena PRN Negeri Sembilan ke-16 pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SEREMBAN - Sebanyak 8.29 peratus atau 71,106 daripada 859,760 pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, setakat 9 pagi ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu mencatatkan peratus keluar mengundi tertinggi setakat ini dengan 10.4 peratus, diikuti DUN Senaling (10.3 peratus) dan DUN Ampangan (9.4 peratus).

DUN Rantau merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu sekitar 6.4 peratus. 

Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh sama pada PRN ke-15 ialah 9.49 peratus atau 79,557 daripada 838,200 pengundi. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!