[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Dulu hanya menang 78 undi, kini BN menang bergaya dengan majoriti 4,034 undi di Juasseh

BN pertahankan kerusi DUN Juasseh dengan majoriti besar berbanding majoriti tipis diraih pada pilihan raya lalu.
BN pertahankan kerusi DUN Juasseh dengan majoriti besar berbanding majoriti tipis diraih pada pilihan raya lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) bukan sahaja berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, malah mencatat kemenangan dengan majoriti besar berbanding majoriti tipis diraih pada pilihan raya lalu.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat jam 7.48 malam, calon BN, Datuk Ismail Lasim memperoleh 6,904 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Aidil Abdullah yang meraih 2,870 undi dan calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Zuhaimi Md Yusof dengan 506 undi.

Keputusan itu menyaksikan BN menang dengan majoriti 4,034 undi selepas kesemua 33 saluran selesai dikira, sekali gus mengukuhkan penguasaan parti itu di kerusi yang sebelum ini dianggap sebagai antara kerusi marginal.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, Ismail menang dengan majoriti 4,034 undi selepas memperoleh 6,904 undi.

Pada PRN lepas, BN hanya mempertahankan DUN Juasseh dengan majoriti 78 undi, menjadikan peningkatan kepada majoriti 4,034 undi kali ini sebagai lonjakan ketara.

Sebelum ini, BN memenangi DUN Juasseh dengan majoriti 78 undi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!