'Saya menyesal dan telah insaf'

Nursahira mengakui kesal dengan kesilapan yang dilakukannya pada 27 Mac lalu.
Nursahira mengakui kesal dengan kesilapan yang dilakukannya pada 27 Mac lalu.
A
A
A

PENDANG - Pembantu kedai yang mengeluarkan perkataan jelek kepada polis pada 27 Mac lalu memohon maaf kepada pihak berkuasa di kediamannya di Taman Kiara Mas dekat sini hari ini.

Dalam permohonan maaf itu, Nursahira Mohd Mizuar, 20, turut mengakui kesal dengan kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

"Saya dengan ikhlas dan suci hati memohon maaf kepada pihak polis di atas kesilapan dan kekhilafan saya dalam mengeluarkan kenyataan menghina polis melalui Facebook sebelum ini.

"Saya menyesal dan telah insaf di atas kesilapan saya. Saya harap permohonan maaf ini diterima dan saya berjanji tidak akan mengulangi lagi sikap tersebut," katanya.

Wanita tersebut dibenarkan Mahkamah Tinggi menangguhkan sementara hukuman penjara tiga bulan dan denda RM10,000 atau dua bulan penjara ke atasnya pada 9 April lalu kerana mengeluarkan perkataan jelek kepada polis di laman Facebooknya.

Muhammad Azlan (kanan) menyifatkan tindakan memohon maaf oleh Nursahira tepat pada masanya dalam menghargai peranan pihak berkuasa seperti PDRM, KKM dan ATM.
Muhammad Azlan (kanan) menyifatkan tindakan memohon maaf oleh Nursahira tepat pada masanya dalam menghargai peranan pihak berkuasa seperti PDRM, KKM dan ATM.

Anak sulung daripada dua beradik itu dikehendaki melaporkan diri ke Balai Polis Pendang setiap dua minggu selepas dibenarkan ikat jamin sebanyak RM5,000 bersama dua orang penjamin.

Ibu bapanya, Mizuar Md Isa, 49, dan Rosnani Awang Kechil, 52, turut memohon maaf kepada pihak berkuasa di atas tindakan yang dilakukan oleh anak mereka.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, penjamin kepada Nurshahira yang juga seorang ahli perniagaan, Muhammad Azlan Abdullah berkata, permohonan maaf yang dibuat oleh Nursahira itu dilihat tepat khususnya dalam menghargai tugasan yang dilakukan oleh anggota keselamatan.

"Saya berharap kita semua berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya tidak menggores mana-mana pihak terutamanya pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia), KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di barisan hadapan. Kita kena kekalkan kemakmuran dan keharmonian hidup di negara kita," katanya.

Katanya, orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan terutama di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Nursahira dibenar tangguh hukuman penjara, denda

Hamba ALLAH bantu Nursahira bayar denda