Dua warga Singapura ditahan miliki dadah

Dadah jenis pil ekstasi dan syabu antara yang dirampas daripada pasangan warga Singapura selepas pihak polis Johor menyerbu sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga, Teluk Danga, Johor Bahru semalam.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan dua warga Singapura dan merampas beberapa dadah dianggarkan bernilai RM40,960 di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga, Teluk Danga, di sini semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan ke atas pasangan kekasih itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada jam 8.30 malam.

"Suspek lelaki berusia 25 tahun dan suspek wanita pula berumur 23 tahun. Kita turut merampas 1,009 biji pil ekstasi, syabu seberat 4 gram (g) bernilai RM40,960, barang kemas, wang tunai RM35,050 dan Singapore Dollar (SGD) 20,516.

"Selain itu polis turut merampas sebuah kereta jenis BMW. Nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM197,124. Ujian saringan ke atas kedua-dua suspek didapati postif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Antara yang dirampas daripada pasangan warga Singapura dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga, Teluk Danga, Johor Bahru semalam.
Antara yang dirampas daripada pasangan warga Singapura dalam serbuan di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga, Teluk Danga, Johor Bahru semalam.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam perkembangan lain, Ayob Khan berkata, seramai 11 individu ditahan kerana menyertai pesta liar di sebuah homestay di kawasan Masai, dekat sini pada jam 12.45 tengah malam tadi.

Beliau berkata, lapan lelaki dan tiga wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 23 tahun ditahan dan pihaknya turut merampas dadah jenis ketamin seberat 2.08g serta empat biji pil ekstasi.

Artikel Berkaitan:

Pihak polis melakukan serbuan dan menahan 11 individu kerana menyertai pesta liar di sebuah homestay di kawasan Masai, Pasir Gudang, Johor tengah malam tadi.
Pihak polis melakukan serbuan dan menahan 11 individu kerana menyertai pesta liar di sebuah homestay di kawasan Masai, Pasir Gudang, Johor tengah malam tadi.

"Hasil saringan mendapati semuanya positif ketamin dan methamphetamine. Siasatan mendapati semua suspek bukan penghuni di premis tersebut dan gagal memberikan alasan munasabah untuk berkumpul," katanya.

Katanya, hasil semakan rekod dua lelaki dan seorang wanita mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dadah.

"Semua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah ADB 1952 dan Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020," katanya.

Suspek wanita berusia 23 tahun dan suspek lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana memiliki dadah di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga, Teluk Danga, Johor Bahru semalam.
Suspek wanita berusia 23 tahun dan suspek lelaki berusia 25 tahun ditahan kerana memiliki dadah di sebuah kondominium di Jalan Persiaran Danga, Teluk Danga, Johor Bahru semalam.