'Pocong' dapat liputan media asing

Kisah 'pocong' dapat liputan media asing.
Kisah 'pocong' dapat liputan media asing.
A
A
A

JAWA TENGAH - Kisah penduduk kampung di Tukrejo, Purworejo, Jawa Tengah menggunakan 'pocong' untuk menakutkan penduduk daripada terus keluar rumah mendapat liputan media asing.

Menerusi laporan Tribun News, taktik itu mendapat liputan media Korea Selatan setelah tular di laman sosial.

Bagaimanapun ketua kumpulan belia kampung Kepuh, Nguter, Sukoharjo, Anjar Panca berkata, foto tular di laman sosial adalah gambar diambil pada 2019.

"Masa kami sedang lepak, ada tali putih dan kain putih. Jadi kami sahaja memakai seolah-olah pocong, kemudian ambil gambar dan tak sangka gambar itu tular hingga ke negara luar," jelasnya.

Pocong digunakan ketika wabak Covid-19. - Foto: Anjar
Pocong digunakan ketika wabak Covid-19. - Foto: Anjar

Sementara itu, bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19), Anjar berkata, kampungnya memilih menggunakan taktik 'pocong' untuk mencegah orang ramai keluar rumah.

Walaupun dahulu sekadar gurauan sahaja, namun ketika negara dilanda wabak koronavirus (Covid-19), taktik ini dikatakan berkesan untuk halang penduduk keluar rumah.

Percubaan kali pertama membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat 'pocong' yang berkeliaran.

Artikel Berkaitan:

Maka, pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik.

Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.

Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak 'pocong' itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka.

Tinjauan Reuters mendapati taktik itu sedikit berkesan apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah terutama apabila hari mulai gelap.

"Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka," kata Anjar.