Militan guna permainan dalam talian rekrut ahli - Ayob Khan

Ayob Khan berucap pada Pelancaran Buku Biografinya Berjudul Dari Pendang Ke Bukit Aman Jejak Integriti di Kuala Lumpur Golf Country Club, Bukit Kiara, pada Khamis. Foto Bernama
Ayob Khan berucap pada Pelancaran Buku Biografinya Berjudul Dari Pendang Ke Bukit Aman Jejak Integriti di Kuala Lumpur Golf Country Club, Bukit Kiara, pada Khamis. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ancaman kumpulan militan dan ekstremisme tidak pernah berakhir lenyap, sebaliknya terus berevolusi mengikut peredaran zaman serta perkembangan teknologi.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kaedah perekrutan kumpulan militan kini jauh berbeza berbanding sebelum ini yang banyak bergantung kepada pertemuan fizikal.

"Proses tersebut beralih sepenuhnya ke platform dalam talian termasuk menerusi permainan video seperti Roblox," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan buku biografinya di sini pada Khamis.

Ayob Khan berkata, trend semasa turut menunjukkan sebahagian pelaku tidak lagi didorong sepenuhnya oleh fahaman agama atau ideologi.

"Sebaliknya bertindak akibat dipengaruhi emosi seperti kemarahan yang akhirnya mencetuskan serangan," katanya.

Beliau berkata, perubahan modus operandi itu menuntut Polis Diraja Malaysia menerusi Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman sentiasa selangkah di hadapan dalam usaha mengesan serta menggagalkan ancaman sebelum ia menjadi kenyataan.

"Kalau kita pasif dan hanya bertindak secara reaktif, serangan boleh berlaku di Malaysia. Sebab itu Cawangan Khas, khususnya E8 serta bahagian berkaitan, tidak boleh leka.

"Jika serangan berjaya berlaku, ia menunjukkan berlakunya kegagalan risikan. Tugas Cawangan Khas ialah mengesan, menyekat dan membanteras ancaman sebelum sebarang serangan dilancarkan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!