Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang meninggal dunia

SERDANG - Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji meninggal dunia di Hospital Serdang di sini pada Rabu.
Difahamkan arwah meninggal dunia jam 10 pagi ini akibat serangan jantung.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.
"Allahyarham bertugas akhir sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang.
"Allahyarham meninggal dunia pada usia 51 tahun dan berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama 30 tahun," katanya
Shazeli berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat warga Polis Kontinjen Selangor.
Ringkasan AI
- Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji meninggal dunia di Hospital Serdang
- Arwah meninggal dunia akibat serangan jantung
- Ketua Polis Selangor menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham
- Allahyarham meninggal pada usia 51 tahun dan berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia selama 30 tahun
- Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar bagi Warga Polis Kontinjen Selangor
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
