IPD Dang Wangi, pusat gelandangan DBKL dikecualikan PKPD

Seluruh susur masuk ke Jalan Masjid India ditutup dan dipasang kawat duri semalam berikutan PKPD.
Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Seluruh susur masuk ke Jalan Masjid India ditutup dan dipasang kawat duri semalam berikutan PKPD. Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua kawasan di Jalan Masjid India di sini dikecualikan daripada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa mulai semalam.

Kawasan itu ialah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan pusat pengawasan gelandangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 1.30 petang semalam mendapati premis sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Melaka, Jalan Ampang, Jalan Dang Wangi dan Jalan Munshi Abdullah telah ditutup.

Pusat membeli-belah serta puluhan hotel tiga bintang dan hotel bajet turut diarahkan tutup sejak awal lagi.

Kawasan terbabit dianggarkan mempunyai lebih 10,000 penduduk termasuk lebih 6,000 yang mendiami flat Selangor Mansion dan Malayan Mansion serta 3,200 penduduk di Plaza City One.

Hampir 1,000 penduduk direkodkan mendiami rumah kedai di kawasan Masjid India.

Difahamkan, seluruh kawasan Masjid India dikenakan PKPD berikutan lebih 40 kes positif koronavirus (Covid-19) dikesan di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan: