Penghantar makanan parah rempuh SUV

Penunggang motosikal mengalami patah tulang peha kanan selepas merempuh sebuah SUV di susur keluar Maktab PDRM Cheras, semalam.
Penunggang motosikal mengalami patah tulang peha kanan selepas merempuh sebuah SUV di susur keluar Maktab PDRM Cheras, semalam.
A
A
A

KAJANG - Seorang pekerja penghantar makanan parah selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di susur keluar Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan kejadian terbabit kira-kira jam 11.20 pagi.

"Dalam kejadian itu, penunggang motosikal Yamaha LC itu telah menunggang melawan arus menaiki susur keluar dari Maktab PDRM sebelum melanggar bahagian depan SUV berkenaan.

"Tiada kecederaan dilaporkan ke atas pemandu SUV terbabit, manakala penunggang motosikal parah selepas patah tulang peha kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal kini masih dirawat di Hospital Ampang.

Beliau berkata, ketika kejadian difahamkan pemandu SUV berkenaan dalam perjalanan ke tempat kerja di Selayang.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: