12 lelaki direman bergaduh ketika menonton final Piala Dunia

Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan reman.
Kesemua suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi permohonan reman.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sembilan daripada 12 lelaki yang ditahan berkait kes pergaduhan dipercayai ketika menonton perlawanan akhir Piala Dunia,di sebuah restoran di Taman Daya, Johor Bahru direman empat hari.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Ahmad Khairuddin Khalid selepas permohonan reman dibuat polis di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Selasa.

Sementara, dua lagi suspek direman selama dua hari sehingga 22 Julai, manakala seorang suspek direman satu hari.

Kesemua 12 suspek warga tempatan berumur antara 15 hingga 38 tahun ditahan polis di sekitar Taman Setia Indah, Johor Bahru pada kira-kira jam 10 pagi, 20 Julai lalu.

Penahanan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Ia dibuat susulan laporan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah restoran di Taman Daya pada kira-kira jam 5.40 pagi, hari yang sama.

Polis turut mengesan satu video tular di media sosial yang memaparkan kejadian pergaduhan berkenaan.

Semakan rekod jenayah lampau mendapati tiga daripada 12 suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!