Polis kesan suspek kes gaduh di kafe Bandar Sunway

Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh yang mengakibatkan tiga lelaki cedera di sebuah kafe di Bandar Sunway dekat sini awal pagi Khamis. Foto hiasan
Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh yang mengakibatkan tiga lelaki cedera di sebuah kafe di Bandar Sunway dekat sini awal pagi Khamis. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan dan merusuh yang mengakibatkan tiga lelaki cedera di sebuah kafe di Bandar Sunway dekat sini awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu pada jam 6.16 pagi.

"Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada salah faham antara mangsa dan kumpulan lelaki yang berada di lokasi itu sebelum tercetusnya pergaduhan.

"Akibat kejadian itu, tiga mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Wan Azlan berkata, polis menjalankan pemeriksaan menyeluruh di tempat kejadian, merakam percakapan saksi kejadian serta memperoleh rakaman kamera litar tertutup yang menunjukkan insiden itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!