Lelaki direman hina institusi diraja Negeri Sembilan

Suspek berbaju batik dibawa polis ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman.
Suspek berbaju batik dibawa polis ke Mahkamah Seremban untuk permohonan reman.
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial yang mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti Institusi Diraja Negeri Sembilan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, suspek berusia 52 tahun itu direman bermula pada Selasa hingga 22 Julai ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

"Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan Majistret Norsalihah Sulaiman selama dua hari di Mahkamah Majistret Seremban hari ini," katanya dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Lelaki berkenan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum ini media melaporkan, suspek ditahan kira-kira jam 1 tengah hari dalam operasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Siasatan dijalankan susulan laporan polis diterima IPD Seremban pada 19 Julai lalu berhubung satu hantaran yang dimuat naik menerusi aplikasi Threads dan dipercayai mengandungi kenyataan berunsur penghinaan serta menyentuh sensitiviti Institusi Diraja Negeri Sembilan.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!