PRN Negeri Sembilan: Bersatu utamakan kebajikan rakyat jika diberi mandat - Muhyiddin

Bersatu tanding 24 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan.
Bersatu tanding 24 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan.
A
A
A

SHAH ALAM - Bersatu berikrar akan melaksanakan mandat yang diberikan rakyat sebaik mungkin sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, parti itu bertanding di 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus melepasi jumlah majoriti mudah sebanyak 19 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri.

Menurutnya, jika diberikan kepercayaan oleh rakyat Negeri Sembilan, Bersatu bersedia membentuk kerajaan negeri yang mengutamakan kebajikan rakyat serta kemajuan negeri.

"Insya-ALLAH, jika diberikan mandat oleh rakyat Negeri Sembilan, Bersatu akan membentuk kerajaan negeri.

"Bersatu bertekad untuk memanfaatkan mandat ini sebaik mungkin demi kebajikan rakyat dan kemajuan Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Muhyiddin berkata, parti itu juga akan mengumumkan tawaran-tawaran khusus untuk rakyat Negeri Sembilan dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada komitmen menghadapi PRN berkenaan.

Beliau turut berharap pengundi di negeri itu memberikan kepercayaan kepada calon-calon Bersatu bagi membolehkan mereka menyampaikan khidmat terbaik kepada rakyat.

"Mudah-mudahan mereka semua dengan izin ALLAH beroleh kemenangan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!