Senarai penuh calon Bersatu di PRN Negeri Sembilan

Sebanyak 24 kerusi akan ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan kali ini. Foto Bernama
Sebanyak 24 kerusi akan ditandingi Bersatu pada PRN Negeri Sembilan kali ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat mengumumkan parti itu akan bertanding sebanyak 24 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Berdasarkan agihan kerusi itu, Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.

Dua lagi kerusi diwakili calon Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) di Mambau dan Seremban Jaya.

Bersatu turut memutuskan untuk bertanding menggunakan logo sendiri. Berikut adalah senarai penuh kesemua 24 calon tersebut:

N02 Pertang - Mohd Faizal Fadli Mohd Idrus

N03 Sungai Lui - Mazrulhisham Abd Mansor

N04 Klawang - Muhammad Adib Musa

N05 Serting - Muhammad Noraffendy Mohd Salleh

N06 Palong - Rebin Birham

Artikel Berkaitan:

N07 Jeram Padang - Sri Sanjeevan Ramakrishnan (Bersekutu)

N09 Lenggeng - Zool Amali Hussin (Bersatu)

N10 Nilai - Datuk V Saravan Kumar (Bersekutu)

N12 Temiang - Fazly Hamid

N13 Sikamat - Datuk Tun Faisal Ismail Aziz

N14 Amapangan - Noor'Azah Harun

N15 Juasseh - Mohd Zuhaimi Md Yusof

N16 Seri Menanti - Datuk Seri Megat D Shahriman Datuk Zaharudin

N17 Senaling - Mohd Izaffi Istear Khan

N20 Labu - Mohamad Hanifah Abu Baker (penyandang 2023)

N22 Rahang - Tang Jay Son (Bersekutu)

N23 Mambu - Sarawanan Nagayah (Urimai)

N24 Seremban Jaya - Mahendran Ramasamy (Urimai)

N25 Paroi - Mohd Nazree Mohd Yunus

N28 Kota - Akmal Noradzmi Abd Rahim

N31 Bagan Pinang - Sheikh Junaidy Jamaludin

N32 Linggi - Datuk Zamri Md Said

N33 Sri Tanjung - Leevineshwaraan (Bersekutu)

N34 Gemas - Azman Abdullah (Bersatu)

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!