Kerjasama PN-BN hidupkan semangat Muafakat Nasional - Annuar Musa

Annuar Musa
Annuar Musa
A
A
A

PORT DICKSON – Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa melihat kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini telah mengembalikan semangat yang diperjuangkannya melalui Muafakat Nasional(MN) sebelum ini.

Beliau berkata, perjuangannya sejak sekian lama adalah untuk melihat orang Melayu bersatu dan tidak berpecah dalam menentukan kepimpinan negara.

"Saya hendak turun dari rumah tadi, saya ada banyak topi di atas meja. Saya ada topi PN, topi Pas dan macam-macam lagi, tetapi akhirnya saya ambil topi MN.

"Secara peribadi, semangat saya sudah lama untuk memperjuangkan orang Melayu mesti bersatu, undi Melayu jangan berpecah, orang Melayu mesti menunjangi kepimpinan negara ini dan caranya adalah dengan mendukung semangat MN," katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon di sini pada Sabtu.

Menurutnya, sekiranya gabungan itu dapat terus bekerjasama, beliau tidak kisah sekiranya selepas ini MN dibubarkan.

Ini kerana katanya, apa yang penting adalah penyatuan tersebut dapat dibentuk, malah melihat kehadiran penyokong antara kedua-dua gabungan itu yang saling sokong menyokong bagaikan sebuah keluarga membuatkan hatinya cukup tersentuh.

"Tak nak panggil nama MN pun tidak mengapa kerana apabila penyatuan ini berjaya, saya boleh berhenti jadi Presiden MN atau pun MN dibubarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16

PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan

Artikel Berkaitan:

PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon

PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong

Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan

PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat

PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah

"Yang pentingnya adalah BN-PN memimpin penyatuan dan perpaduan negara. Sebab itu bagi saya hari ini sangat istimewa Dan saya sangat gembira,"katanya.

Beliau turut memaklumkan akan mengerahkan ahli MN di seluruh negara untuk turun ke Negeri Sembilan bagi membantu calon-calon PN dan BN.

Mengulas mengenai kempen PRN, Annuar berkata, jawatankuasa penerangan sedang menyusun beberapa program termasuk ceramah bersama membabitkan pemimpin kedua-dua gabungan.

Katanya, antara perancangan yang sedang diatur ialah siri pengenalan calon secara serentak di semua kawasan yang ditandingi, diikuti siri memperkenalkan manifesto serta komitmen calon di peringkat kawasan.

"Insya-ALLAH, tiga hari sebelum hari mengundi kita akan mengadakan 'grand finale' dan besar kemungkinan, sekiranya dipersetujui pucuk pimpinan, semua pemimpin BN dan PN akan berkongsi pentas untuk menyampaikan amanat kepada para pengundi di Negeri Sembilan," katanya.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!