PRN Negeri Sembilan: Berkempen naik motosikal, jangan tak pakai topi keledar

PORT DICKSON - Polis mengingatkan semua calon dan jentera parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan supaya sentiasa mematuhi undang-undang termasuk memakai topi keledar ketika menunggang motosikal sepanjang tempoh berkempen.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya ada yang didapati melanggar peraturan tersebut.
Menurutnya, polis telah pun memanggil semua wakil calon dan parti politik bagi memberikan penerangan mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh berkempen.
"Kita telah memberi penerangan serta peringatan kepada semua wakil parti mengenai perkara yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh berkempen, termasuklah berkenaan soal pemakaian topi keledar ketika menunggang motosikal.
"Polis bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah menubuhkan beberapa kumpulan pemantau untuk memastikan segala peraturan dan arahan dipatuhi," katanya pada sidang akhbar selepas proses penamaan calon di Auditorium Kompleks Pentadbiran Port Dickson di sini pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
Sementara itu, beliau memaklumkan proses penamaan calon di lapan pusat penamaan calon di negeri ini berlangsung dalam keadaan tenang dan terkawal.
Jelasnya, kesemua penyokong parti juga mematuhi segala arahan daripada pihak polis serta segera beredar sebaik selesai pengumuman calon.
"Hasil pemantauan mendapati, jumlah penyokong di setiap pusat penamaan calon dianggarkan antara 1,000 hingga 2,500 orang.
ARTIKEL BERKAITAN: Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat
PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
"Pusat penamaan calon di Jempol merekodkan kehadiran penyokong paling ramai iaitu kira-kira 2,500 orang, manakala Kuala Pilah paling sedikit dengan sekitar 1,000 penyokong," katanya.
Tambahnya, tiada sebarang laporan polis yang diterima berkaitan sebarang insiden tidak sepatutnya berlaku sepanjang proses penamaan calon berlangsung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

