KKMM nafi dua berita tular di media sosial

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menafikan mengenai dua berita tular di media sosial.

Pasukan Respon Pantas KKMM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) menafikan dakwaan bahawa lelaki warga Indonesia yang meninggal dunia di sebuah rumah di Kampung Selamat, Sitiawan disebabkan oleh Covid-19, sebaliknya lelaki tersebut meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan radang otak (meningitis).

Selain itu, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menafikan pernah melantik beberapa individu untuk memohon sumbangan berbentuk wang bagi Tabung Covid-19 MBJB dan menjelaskan bahawa Tabung Covid-19 MBJB tidak pernah wujud.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, KKMM memaklumkan talian hotline kementerian itu beroperasi 24 jam setiap hari termasuk Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Aduan atau pertanyaan juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada eaduan@kkmm.gov.my.

"Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian 03-88882010. Ikuti channel Telegram Rasmi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Rasmi di https://t.me/kkmmchannel," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: