Dakwaan keahlian Bersatu dalam PN gugur akan diteliti selepas PRN

SHAH ALAM - Keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) didakwa boleh dianggap gugur susulan tindakan meletakkan calon yang bertanding menentang parti komponen gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, mengikut konvensyen, tindakan Bersatu itu menyebabkan keahlian parti berkenaan dalam PN tergugur, namun perkara tersebut masih perlu diteliti terlebih dahulu dari sudut perlembagaan parti.
Beliau berkata, buat masa ini keutamaan adalah menyelesaikan urusan berkaitan PRN terlebih dahulu, manakala isu berkenaan dijangka hanya akan dibincangkan selepas pilihan raya selesai.
"Difahamkan Bersatu meletakkan calonnya menentang Perikatan Nasional sekurang-kurangnya di lapan kerusi.
"Mengikut konvensyen, dengan demikian tergugurlah keahlian Bersatu dalam Perikatan Nasional, namun begitu, hal ini perlu diteliti dari sudut perlembagaan parti terlebih dahulu," katanya menerusi hantaran di media sosial pada Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penamaan calon buka tirai PRN Negeri Sembilan ke-16
PRN Negeri Sembilan: Penyokong parti 'lawan' sorakan
PRN Negeri Sembilan: Calon PH ziarah pusara isteri sebelum penamaan calon
PRN Negeri Sembilan: Abdul Hadi, Asyraf Wajdi berjabat tangan, curi tumpuan penyokong
Pemimpin tertinggi BN iringi calon tanding PRN Negeri Sembilan
PRN Negeri Sembilan: Jangan campur aduk adat dengan politik - Tok Mat
PRN Negeri Sembilan: Anthony berdepan calon BN di DUN Chennah
Sinar Harian pada Jumaat melaporkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan bertanding sebanyak 24 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Berdasarkan agihan kerusi itu, Bersatu meletakkan calon di 22 kerusi termasuk empat calon daripada Sayap Bersekutu Bersatu (Bersekutu) di Jeram Padang, Nilai, Rahang dan Sri Tanjung.
Bersatu turut memutuskan untuk bertanding menggunakan logo sendiri.
Bagaimanapun, Annuar Musa berkata, buat masa ini, tumpuan adalah untuk menyelesaikan urusan PRN terlebih dahulu.
"Mungkin akan hanya dibincangkan selepas pilihan raya.
"Penyertaan Bersatu dalam situasi itu hanya memberi keuntungan kepada DAP dan Pakatan Harapan (PH), kita serah kepada rakyat untuk menilainya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

