Tengku Mahkota Pahang, Raja Muda Kedah mencemar duli tanam bakau

Rombongan diraja berkenan mencemar duli menyempurnakan penanaman anak bakau di Sungai Merbok pada Rabu.
Rombongan diraja berkenan mencemar duli menyempurnakan penanaman anak bakau di Sungai Merbok pada Rabu.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan mencemar duli bagi menyempurnakan penanaman anak bakau di Sungai Merbok pada Rabu sebagai komitmen terhadap pemeliharaan alam sekitar sekali gus mengekalkan kelestarian khazanah semula jadi negara.

Program Kunjungan Muhibbah Diraja yang bermula di Kompleks Pelancongan Sungai Merbok, Jeti Semeling itu secara tidak langsung menjadi platform memperkukuhkan hubungan silaturahim dan semangat muhibah antara institusi diraja kedua-dua negeri.

Rombongan diraja berkenan mencemar duli ke Kompleks Pelancongan Sungai Merbok.
Rombongan diraja berkenan mencemar duli ke Kompleks Pelancongan Sungai Merbok.

Dalam masa sama, ia juga menzahirkan perpaduan, keharmonian dan kerjasama erat institusi raja berperlembagaan di Malaysia.

Program turut diserikan dengan keberangkatan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff dan putera serta puteri baginda.

Program diisi dengan sesi taklimat, perkongsian ilmu, lawatan ilmiah ke galeri bersejarah dan biodiversiti bagi memberi penghayatan lebih mendalam terhadap sejarah, warisan, kekayaan budaya serta jati diri.

Rombongan diraja turut berkenan menyusuri Sungai Merbok.
Rombongan diraja turut berkenan menyusuri Sungai Merbok.

Artikel Berkaitan:

Pemilihan kompleks berkenaan sesuai dengan kedudukannya berhampiran kawasan bersejarah Lembah Bujang, yang menyimpan khazanah tamadun awal serta menjadi simbol kegemilangan warisan Negeri Kedah Darul Aman.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!