Niat bantu keluarga tinggal dalam khemah bongkar sarang penagihan dadah

Keadaan tempat tinggal seorang asnaf dan keluarga di kawasan ladang kelapa sawit di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Foto: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Keadaan tempat tinggal seorang asnaf dan keluarga di kawasan ladang kelapa sawit di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Foto: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
A
A
A

KUALA LANGAT - Hasrat menyantuni seorang asnaf sini membongkar kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di sini disyaki tempat penagihan dadah baru-baru ini.

Lembaga Zakat Selangor yang berkongsikan perkara itu menerusi Facebook rasminya berkata, Skuad Saidina Umar (SSU) Zakat Selangor menerima maklumat daripada Pusat Perlindungan Mualaf (Baitul Salam) Zakat Selangor mengenai seorang wanita saudara baharu yang tinggal bersama beberapa individu lain yang identitinya tidak diketahui dalam keadaan sangat daif.

Menurutnya, berdasarkan aduan bergambar yang diterima, pihak zakat berjaya mengenal pasti lokasi di sebuah kebun sawit.

Keadaan tempat tinggal seorang asnaf dan keluarga di kawasan ladang kelapa sawit di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Foto: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
Keadaan tempat tinggal seorang asnaf dan keluarga di kawasan ladang kelapa sawit di Telok Panglima Garang, Kuala Langat. Foto: LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

"Satu pasukan operasi digerakkan selepas solat Isyak dengan bantuan Operasi Agihan Daerah Kuala Langat, pihak masjid dan wakil kampung bagi menyantuni mereka serta mengenal pasti permasalahan sebenar.

"Maklumat awal menunjukkan mereka tinggal di dalam khemah tanpa bekalan air dan elektrik.

"Namun, sebaik sahaja pasukan kami tiba di lokasi, kesemua mereka melarikan diri dan bersembunyi di sekitar kawasan gelap ladang kelapa sawit," katanya pada Isnin.

Tambahnya, lebih 30 minit pasukan operasi berusaha memujuk mereka agar memberikan kerjasama.

Artikel Berkaitan:

Katanya, ketika pemeriksaan di kawasan khemah dijalankan, pasukan menemui beberapa barangan terlarang.

Hasrat menyantuni seorang asnaf sini membongkar kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di sini disyaki tempat penagihan dadah baru-baru ini.
Hasrat menyantuni seorang asnaf sini membongkar kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Perepat, Telok Panglima Garang di sini disyaki tempat penagihan dadah baru-baru ini.

"Operasi kemudiannya ditamatkan kerana perkara tersebut berada di luar bidang kuasa kami sebagai agensi yang menawarkan bantuan kebajikan.

"Kami kemudian bergegas ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan dan menyerahkan kes kepada pihak berkuasa," ujarnya.

Kata Lembaga Zakat Selangor lagi, pasukan narkotik polis kemudian telah tiba di lokasi untuk siasatan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Inilah antara cabaran yang kami hadapi sebagai amil zakat dalam menyantuni mustahiq.

"Bukan semua kes dapat diselesaikan dengan bantuan kewangan. Ada juga keadaan yang memerlukan tindakan pihak berkuasa demi memastikan jenayah tidak terus berleluasa, di samping memastikan bantuan zakat disalurkan kepada mereka yang benar-benar layak," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, serbuan dilaksanakan pada 9 Julai lalu dan menahan empat individu membabitkan dua wanita dan dua lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun.

"Penerima zakat salah seorang seorang wanita berumur 30-an terbabit berasal dari Pulau Carey.

"Pertalian kesemua adalah suami, isteri, anak dan menantu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Jelasnya, kesemua tangkapan telah dituduh pada 10 Julai di Mahkamah Telok Datok di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!