MAIS, YIDE edar 1,500 pelindung muka

Wakil MAIS menyampaikan sumbangan pelindung muka kepada Hospital Selayang.
Wakil MAIS menyampaikan sumbangan pelindung muka kepada Hospital Selayang.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama anak syarikatnya Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) telah mengedarkan sebanyak 1,500 'Mahabbah Face Shield' atau alat pelindung muka kepada petugas hospital dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) terpilih.

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, hospital dan PKD terlibat ialah Hospital Selayang, Hospital Banting, Hospital Kajang dan PKD Hulu Langat.

Menurutnya, setiap hospital dan PKD menerima sejumlah 375 keping pelindung muka yang amat diperlukan dalam usaha mereka mencegah daripada wabak Covid-19 semasa menjalankan tugas.

"Lebih menarik pelindung muka yang diedarkan ini adalah hasil buatan tangan daripada wakil anak-anak yatim terpilih di negeri Selangor," katanya.

Ahmad Shahir berkata, sumbangan hasil Tabung Prihatin Covid-19 MAIS itu disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan.

“Alhamdulillah sebanyak 1,500 pelindung muka ini dihasilkan hasil kerja tangan anak-anak yatim dan ia berjaya diedarkan kepada hospital yang amat memerlukan.

"Terima kasih kepada YIDE dan semua pihak yang turut sama membantu dalam pelaksanaan usaha ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: