Di Johor sekat PH, di Negeri Sembilan Pas akan lebih agresif - Annuar

Annuar
Annuar
A
A
A

KOTA BHARU – Strategi yang akan digunakan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berbeza daripada pendekatan yang diambil pada PRN Johor sebelum ini.

Ketua Penerangan PN, Tan Sri Annuar Musa berkata, jika di Johor fokus utama gabungan itu adalah menyekat kemaraan Pakatan Harapan (PH), namun di Negeri Sembilan strategi yang dirangka lebih agresif.

"Di Negeri Sembilan, konsepnya ialah mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri," katanya semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Memperkenalkan Pemain Kelantan City FC di Dewan Rimba Bukit Marak di sini pada Selasa.

Sebelum ini, pengakuan Pas bahawa rundingan dengan Barisan Nasional (BN) sedang berlangsung bagi menghadapi PRN Negeri Sembilan membuka satu lagi babak baharu dalam dinamika politik negara.

Kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bahawa perbincangan itu menunjukkan perkembangan positif memberi gambaran bahawa parti berkenaan sedang meneroka ruang kerjasama bagi memperkukuh kedudukan menjelang medan persaingan politik yang semakin mencabar.

Namun, reaksi Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memperlihatkan wujudnya jurang tafsiran antara kedua-dua parti.

Peringatan beliau supaya tidak terlalu 'positif' terhadap Pas menggambarkan sikap berhati-hati UMNO terhadap sebarang kemungkinan kerjasama politik.

Malah, penegasan bahawa tiada perbincangan rasmi mengenai hala tuju strategi politik menjelang PRN Negeri Sembilan menunjukkan UMNO masih belum bersedia mengiktiraf rundingan tersebut sebagai satu bentuk persefahaman politik yang konkrit.

Dalam politik, kenyataan yang berbeza daripada dua pemimpin utama ini bukan sesuatu yang luar biasa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!