AS lancar serangan ke atas sasaran tentera Iran berhampiran Selat Hormuz - Laporan

ISTANBUL - Tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas sasaran ketenteraan Iran berhampiran Selat Hormuz pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Axios.
Seorang pegawai AS, Barak Ravid menerusi platform media sosial X berkata, serangan itu menyasarkan sistem peluru berpandu dan pertahanan udara, selain bot-bot kecil milik Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC).
Beliau berkata, serangan berkenaan dilancarkan di beberapa lokasi sekitar laluan perairan strategik itu kira-kira sejam sebelum pegawai berkenaan memberikan maklumat terbabit.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh tentera AS atau pihak berkuasa Iran berhubung serangan yang dilaporkan itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
