Di mana Nur Arissa Husna?

KAJANG - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah di Taman Jasmin di sini Jumaat lepas.
Remaja berkenaan dikenali sebagai Nur Arissa Husna Muhammad Hafidzin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan remaja itu pada jam 4.44 petang, Sabtu.
Menurutnya, Nur Arissa Husna dipercayai hilang kira-kira jam 2 petang pada Jumaat.
"Butiran fizikal remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 45 kilogram dan kulit sawo matang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di talian 03-89114222.
Katanya, maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Nur Affira Idris di talian 017-3204261.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
