Kes tikam: Remaja perempuan dibawa ke mahkamah pagi ini

Remaja memakai baju berhud hitam dan berpelitup muka (kanan) dipercayai terlibat kes tikam pelajar sekolah dibawa ke Mahkamah Telok Datok pada jam 8.32 pagi Jumaat.
Remaja memakai baju berhud hitam dan berpelitup muka (kanan) dipercayai terlibat kes tikam pelajar sekolah dibawa ke Mahkamah Telok Datok pada jam 8.32 pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang disiasat dalam kes menikam seorang pelajar di sebuah sekolah menengah di Banting di sini dibawa ke Mahkamah Majistret Telok Datok bagi menghadapi pertuduhan pada Jumaat.

Remaja berkenaan yang memakai baju berhud hitam dan berpelitup muka, dibawa ke mahkamah pada jam 8.32 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai polis. 

Dia sebelum ini direman selama empat hari bermula 7 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Pihak media yang tiba lebih awal, tidak dibenarkan masuk ke mahkamah untuk mengikut prosiding pendakwaan memandangkan kes berkenaan melibatkan tertuduh juvana.

Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan, rasa tidak puas hati yang dipendam terhadap rakan dipercayai menjadi punca kejadian kes tikam seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Banting, Kuala Langat, Isnin lepas. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, berdasarkan siasatan awal, termasuk keterangan direkodkan daripada beberapa individu serta 10 pelajar yang namanya tersenarai dalam nota tular menerusi media sosial, mendapati kejadian itu tidak mempunyai kaitan dengan unsur buli.

 Isnin lalu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam kenyataan memaklumkan suspek yang dipercayai menikam seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Banting telah ditahan pihak polis.

JPN Selangor turut memaklumkan pelajar perempuan yang cedera sedang diberikan rawatan di Hospital Banting.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!