[TIDAK RASMI] PH umum menang lapan kerusi setakat 9.50 malam

Amirudin (tengah) ketika sidang akhbar di Pusat Informasi PH di Johor Bahru pada Sabtu.
Amirudin (tengah) ketika sidang akhbar di Pusat Informasi PH di Johor Bahru pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) mendakwa memenangi lapan kerusi daripada 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 9.50 malam ini.

Pengarah Jentera PH PRN Johor, Datuk Seri Amirudin Shari pada sidang akhbar di Pusat Informasi PH di sini berkata, salah satu kerusi itu disumbangkan Maszlee Malik bagi DUN Puteri Wangsa berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor setakat ini.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (PRN) mengumumkan calon-calon PH setakat ini lapan kerusi meskipun berdepan cabaran sepanjang kempen.

"Setakat ini, lapan itu membabitkan enam daripada DAP serta PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi.

“Kita masih menunggu beberapa kepastian kerusi membabitkan DAP dan PKR,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad.

Dalam saingan lima penjuru itu, Maszlee memperoleh 30,228 undi, diikuti calon Barisan Nasional (BN), Teow Chia Ling dengan 26,654 undi.

Keputusan rasmi bagi semua kerusi DUN akan diumumkan SPR selepas proses penjumlahan undi selesai di pusat penjumlahan rasmi, kira-kira 10 malam ini.

 

Artikel Berkaitan:

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!