PRN Johor: Pemimpin BN berkumpul di bilik gerakan utama

JOHOR BAHRU - Pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) mula berkumpul di bilik gerakan utama di Bangunan Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor malam ini bagi mengikuti perkembangan dan keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Antara pemimpin utama yang kelihatan ialah Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dilihat berada di bilik gerakan utama Pakatan Harapan (PH) di Pulai Springs Resort.
Dzulkefly yang juga Menteri Kesihatan bersama-sama jentera dan petugas parti dilihat tenang memantau pergerakan keputusan yang mula masuk secara berperingkat dari seluruh pusat penjumlahan undi. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
