Onn Hafiz, Adham Baba, Hairi antara nama besar BN raih kemenangan awal

Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Onn Hafiz (kanan) selepas sidang media keputusan tidak rasmi PRN Johor ke-16 di Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Johor pada Sabtu.
Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bersama Onn Hafiz (kanan) selepas sidang media keputusan tidak rasmi PRN Johor ke-16 di Bangunan Perhubungan UMNO Negeri Johor pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengetuai senarai pemimpin kanan Barisan Nasional (BN) yang berjaya meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Onn Hafiz berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap.

Turut mencatat kemenangan ialah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba di DUN Pasir Raja.

Di DUN Larkin, Exco Belia dan Sukan Johor, Mohd Hairi Mad Shah pula berjaya menewaskan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat yang mewakili Pakatan Harapan (PH) serta Norsinah Abu daripada Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Di DUN Semarang, Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali terus mengukuhkan penguasaannya apabila mencipta sejarah mempertahankan kerusi itu bagi penggal keenam berturut-turut.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Johor itu menewaskan calon PH, Ramli Abd Hamid daripada Amanah serta calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Syafiq Abdul Aziz daripada Bersatu.

Sementara itu, calon BN di kerusi panas DUN Rengit, Zaidi Japar turut berjaya mencatat kemenangan.

Di DUN Endau pula, calon BN, Alwiyah Talib mendahului saingan berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Beberapa penyandang BN turut berjaya mengekalkan kerusi masing-masing termasuk Datuk Mohd Jafni Md Shukor (Bukit Permai), Ling Tian Soon (Yong Peng), Muszaide Makmor (Sedili), Tan Chong (Bekok), Tan Eng Meng (Pekan Nenas) dan Fauziah Misri (Penaw

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!