PRN Johor: 26.43 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi

Seramai 709,092 daripada 2,682,642 pengundi berdaftar di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 11 pagi pada PRN Johor ke-16, pada Sabtu.
Seramai 709,092 daripada 2,682,642 pengundi berdaftar di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 11 pagi pada PRN Johor ke-16, pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seramai 709,092 daripada 2,682,642 pengundi berdaftar di Johor telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 11 pagi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada Sabtu.

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan keluar mengundi keseluruhan direkodkan sebanyak 26.43 peratus, meningkat berbanding 21.33 peratus pada PRN Johor ke-15 pada 2022 bagi tempoh sama.

Sementara, DUN yang mencatatkan peratusan keluar mengundi tertinggi setakat ini ialah N.39 Tanjung Surat dengan 34.4 peratus, diikuti N.25 Rengit (33.6 peratus) dan N.20 Semarang (33.2 peratus).

Sementara itu, tiga kawasan yang merekodkan peratusan keluar mengundi terendah ialah N.15 Maharani dengan 21.9 peratus, N.12 Bentayan (19.9 peratus) dan N.23 Penggaram (19.6 peratus).

PRN Johor ke-16 menyaksikan seramai lebih 2.6 juta pengundi layak memilih wakil rakyat bagi 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai 2026 selepas tempoh berkempen selama 14 hari.

Proses pengundian bermula jam 8 pagi di 1,409 pusat mengundi seluruh negeri dan dijangka berlangsung sehingga jam 5 petang sebelum proses pengiraan undi bermula.

SPR sebelum ini memaklumkan sebanyak 94.49 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 7 Julai lalu melibatkan anggota tentera, polis serta pasangan masing-masing.

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!