PRN Johor: Peratusan keluar mengundi cecah 56.77 peratus

Petugas SPR membantu warga emas, Siti Anipah Kasbolah, 78, mengundi ketika melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang pada PRN Johor ke-16 di Pusat Menggundi Sekolah Kebangsaan Senggarang pada Sabtu. Foto Bernama
Petugas SPR membantu warga emas, Siti Anipah Kasbolah, 78, mengundi ketika melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang pada PRN Johor ke-16 di Pusat Menggundi Sekolah Kebangsaan Senggarang pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Berbaki kira-kira tiga jam sebelum pusat mengundi ditutup, peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 merekodkan 56.77 peratus setakat jam 3 petang pada Sabtu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi kenyataan memaklumkan seramai 1,522,961 daripada keseluruhan 2,682,642 pengundi berdaftar telah menunaikan tanggungjawab masing-masing.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalah atau menang PRN Johor, saya tetap Perdana Menteri'

DAP tidak pernah pertikai hak Melayu, kerajaan adil pada semua kaum - PM

Albert Tei mahu lawan Anthony Loke di PRN Negeri Sembilan

'Jangan terkejut apa PH akan tawarkan kepada rakyat Johor'

Menurut SPR, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 66.1 peratus, diikuti DUN Sri Medan (64.4 peratus) dan DUN Penawar (64.2 peratus).

Peratusan keluar mengundi dikeluarkan SPR setakat jam 3 petang.
Peratusan keluar mengundi dikeluarkan SPR setakat jam 3 petang.

Artikel Berkaitan:

Sebaliknya, DUN Perling mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 50.3 peratus, diikuti DUN Bentayan (49.0 peratus) dan DUN Penggaram (48.8 peratus).

ARTIKEL BERKAITAN: PH kini antagonis nombor satu PRN Johor?

PH tawar agenda pembangunan mampan, gilap potensi Johor - Amirudin

PKR serah senarai calon bagi PRN Negeri Sembilan - Aminuddin

Nak bertanding di Negeri Sembilan, Anthony ingatkan Albert tukar alamat dahulu

Sebagai perbandingan, pada PRN Johor Ke-15 pada tahun 2022, peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang ialah 45.39 peratus, membabitkan 1,168,809 daripada 2,574,835 pengundi berdaftar.

Pusat mengundi bagi PRN Johor Ke-16 dijadualkan ditutup pada jam 6 petang sebelum proses pengiraan undi dijalankan bagi menentukan keputusan pilihan raya negeri berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!