Ali Khamenei bersemadi, rakyat Iran tuntut bela

Persemadian Khamenei bersama empat ahli keluarganya akhirnya disempurnakan selepas lebih empat bulan. Sumber Agensi/AFP
Persemadian Khamenei bersama empat ahli keluarganya akhirnya disempurnakan selepas lebih empat bulan. Sumber Agensi/AFP
A
A
A

TEHERAN - Iran pada Jumaat menyempurnakan persemadian bekas Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei, lebih empat bulan selepas beliau gugur syahid dalam serangan pada fasa awal konflik yang tercetus di Asia Barat.

Kain rentang tertera Kill Trump (bunuh Trump) ketika istiadat penghormatan terakhir.
Kain rentang tertera Kill Trump (bunuh Trump) ketika istiadat penghormatan terakhir.

Keranda Ali Khamenei yang diselubung bendera kebangsaan diusung ke Kompleks Makam Imam Reza di bandar kelahirannya, Mashhad di timur Teheran ketika lautan manusia berhimpun di luar pekarangan sambil mengikuti bacaan doa.

Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Iran.
Pemergian beliau disifatkan sebagai satu kehilangan besar buat rakyat Iran.

Bagaimanapun, Mojtaba Khamenei yang dilantik sebagai pengganti beliau tidak kelihatan pada majlis pengebumian tersebut.

Beliau hanya tampil menerusi kenyataan bertulis dan dipercayai masih dalam proses pemulihan selepas cedera parah dalam serangan udara yang dilancarkan Amerika Syarikat (AS) bersama Israel pada 28 Februari lalu.

Artikel Berkaitan:

Bendera merah yang menjadi simbol tuntutan pembalasan dalam tradisi syiah.
Bendera merah yang menjadi simbol tuntutan pembalasan dalam tradisi syiah.

Speaker Parlimen yang juga Ketua Perunding, Mohammad Bagher Ghalibaf, Ketua Badan Kehakiman, Gholamhossein Mohseni Ejei dan Mostafa Khamenei yang merupakan anak sulung Ali Khamenei antara yang hadir di kompleks itu. Rakaman TV turut memaparkan beberapa tokoh kanan menitiskan air mata di sisi keranda beliau.

Lautan manusia membanjiri jalan utama di Teheran bagi mengikuti perarakan pengebumian Khamenei.
Lautan manusia membanjiri jalan utama di Teheran bagi mengikuti perarakan pengebumian Khamenei.

Pengebumian itu menandakan berakhirnya enam hari istiadat penghormatan terakhir yang diadakan di Teheran, Qom dan Iraq.

Anggota Gerakan Hak Asasi Manusia Antarabangsa turut berhimpun sambil menyalakan lilin sebagai simbol solidariti dengan Teheran.
Anggota Gerakan Hak Asasi Manusia Antarabangsa turut berhimpun sambil menyalakan lilin sebagai simbol solidariti dengan Teheran.

Sepanjang Pengebumian Negara yang berlangsung sejak seminggu lalu, jutaan rakyat yang hadir memberikan penghormatan terakhir turut melaungkan slogan menuntut bela atas kematian beliau sambil mengibarkan bendera merah yang menjadi simbol tuntutan pembalasan dalam tradisi syiah.

"Saya tidak pasti ke arah mana diplomasi atau dasar kerajaan akan bergerak selepas ini, namun jelas kelihatan semua yang hadir menuntut bela atas kematian beliau," kata pemilik kedai, Mohammad Afsharian, 41.

Orang ramai memberikan penghormatan terakhir yang diadakan di beberapa bandar utama.
Orang ramai memberikan penghormatan terakhir yang diadakan di beberapa bandar utama.

Di sekitar sebuah hotel di Mashhad, sepanduk bersaiz besar memaparkan karikatur Presiden AS, Donald Trump, dengan gambaran ganjaran ditawarkan terhadapnya. Tidak jauh dari situ, satu lagi papan tanda memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu bersama mesej There will be blood (Akan berlaku pertumpahan darah).

Orang ramai bersama-sama mengusung keranda Khamenei ketika perarakan pengebumiannya di Makam Imam Ali, Najaf.
Orang ramai bersama-sama mengusung keranda Khamenei ketika perarakan pengebumiannya di Makam Imam Ali, Najaf.

Info:

Kompleks makam berkenaan turut menjadi tempat persemadian beberapa tokoh penting Iran termasuk bekas pemerintah monarki (shah) serta bekas Presiden, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2024.

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!