Syak berus bulu babi, apakah perlu sertu tangan?

JIKA berus yang digunakan tiada ciri-ciri bulu babi, maka ia dihukumkan sebagai suci secara umumnya. Foto Canva
JIKA berus yang digunakan tiada ciri-ciri bulu babi, maka ia dihukumkan sebagai suci secara umumnya. Foto Canva
A
A
A

Soalan

Saya membeli berus cat dan baru perasan ia diperbuat daripada bulu haiwan selepas menggunakannya. Saya ragu-ragu dalam hal ini bimbang ia bulu babi, apakah saya perlu sertu tangan?

Jawapan

Berus cat merupakan salah satu peralatan asas yang digunakan secara meluas dalam industri, sama ada untuk kegunaan tujuan domestik seperti mengecat rumah dan perabot atau kegunaan industri berskala besar termasuk kerja pembinaan dan lukisan.

Bulu babi secara fizikalnya mempunyai sifat yang unik iaitu bersifat lebih keras dan mempunyai tiga cabang di hujungnya dan ia berbeza dengan bulu haiwan yang lain.

Ia juga boleh dikenal pasti mengikut kaedah pengesanan bulu babi di dalam makmal.

Kita perlu mengenal pasti ciri-ciri bulu tersebut dan jika bukti atau tanda zahir yang terdapat pada bulu tersebut.

Jika ia terbukti bulu babi, maka wajib untuk sertu. Namun jika tiada bukti jelas dan hanya sekadar keraguan, maka ia dihukumkan sebagai suci dan tidak diwajibkan sertu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!