Mbappe hampiri rekod 13 gol Just Fontaine

Mbappe kini hanya memerlukan lima lagi gol untuk menyamai rekod 13 gol dalam satu edisi Piala Dunia yang dilakukan legenda PErancis, Just Fontaine pada 1958. Foto Agensi
Mbappe kini hanya memerlukan lima lagi gol untuk menyamai rekod 13 gol dalam satu edisi Piala Dunia yang dilakukan legenda PErancis, Just Fontaine pada 1958. Foto Agensi
A
A
A

GOL ke atas Maghribi menyaksikan Kylian Mbappe kini mengumpul lapan jaringan dalam kempen Piala Dunia 2026, menyamai jumlah gol Lionel Messi dalam perebutan Kasut Emas kejohanan.

Penyerang berusia 27 tahun itu kini hanya dipisahkan lima gol daripada rekod jaringan terbanyak dalam satu edisi Piala Dunia yang dipegang legenda Perancis, Just Fontaine dengan 13 gol pada 1958.

Lebih menarik, Mbappe mencapai jumlah itu selepas melalui detik sukar apabila sepakan penaltinya pada babak pertama diselamatkan penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou.

Namun, kegagalan itu tidak menjejaskan keyakinan kapten Les Bleus berkenaan apabila bangkit menghasilkan jaringan sensasi pada babak kedua perlawanan.

Menerima hantaran di sebelah kiri kotak penalti, Mbappe memperdayakan pertahanan Maghribi sebelum melepaskan rembatan lencong menggunakan kaki kanan yang menerjah penjuru atas gawang tanpa mampu diselamatkan Bounou.

Dengan Perancis telah mara ke separuh akhir, Mbappe berpeluang menambah koleksi jaringan dan mencabar salah satu rekod paling lama bertahan dalam sejarah Piala Dunia.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!