Penalti Mbappe bawa Perancis ke suku akhir

Jaringan tunggal Mbappe sudah memadai untuk Perancis meneruskan kemaraan dan bertemu Maghribi di suku akhir. Foto: Agensi
Jaringan tunggal Mbappe sudah memadai untuk Perancis meneruskan kemaraan dan bertemu Maghribi di suku akhir. Foto: Agensi
A
A
A

PERANCIS melangkah ke suku akhir Piala Dunia selepas menewaskan Paraguay 1-0 menerusi sepakan penalti Kylian Mbappe dalam aksi pusingan 16 terbaik di Philadelphia.

Mbappe tenang menyempurnakan sepakan pada minit ke-70 dengan gaya ‘stutter-step’ yang berjaya memperdayakan penjaga gol Paraguay Orlando Gill yang menerpa ke arah bertentangan.

Mbappe turut berpeluang menggandakan jaringan menerusi percubaan dari luar kotak penalti, namun diselamatkan Gill.

Paraguay cuba bangkit selepas ketinggalan, namun beberapa percubaan mereka gagal menembusi benteng Perancis yang kekal disiplin sepanjang perlawanan.

Perancis kekal bertahan dengan baik sehingga wisel penamat bagi mengesahkan kemaraan mereka untuk bertemu Maghribi ke suku akhir.

Maghribi sebelum itu menewaskan Kanada 3-0 di Houston.

Pertemuan tersebut mengulangi aksi separuh akhir edisi 2022 di Qatar yang menyaksikan Perancis membenam Maghribi 2-0.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!