Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri hingga 7 malam ini.
Menurut kenyataan MetMalaysia, negeri yang terlibat ialah Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).
Keadaan sama dijangka melanda Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron).
Di Selangor, kawasan terjejas ialah Hulu Selangor manakala di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
Sementara itu di Sabah, kawasan yang diramal terjejas ialah Kudat (Kudat). - Bernama
TAG: MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat, angin kencang
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
