Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk berkenaan dijangka berlanjutan hingga jam 9 malam ini.
MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk berkenaan dijangka berlanjutan hingga jam 9 malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga jam 9 malam ini. 

MetMalaysia memaklumkan negeri terlibat ialah Perak (Larut, Matang dan Selama; Kuala Kangsar dan Kinta), Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Kemaman), Pahang (Lipis dan Jerantut) dan Johor (Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Keadaan sama turut diramalkan di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Samarahan, Sibu (Kanowit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dan Limbang (Lawas).

Bagi Sabah, cuaca itu dijangka melanda Pedalaman (Sipitang) serta Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!