Kedai gunting rambut, cermin mata tidak dibenar beroperasi

 Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan semua operasi kedai gunting rambut, cermin mata dan salon kecantikan tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, perkara itu diputuskan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat khas pagi tadi.

"Kerajaan mendengar pandangan rakyat, badan bukan kerajaan (NGO) dan juga turut mendapatkan pandangan pakar mengenai perkara ini.

"Sehubungan itu, Perdana Menteri membuat keputusan bahawa operasi kedai gunting rambut, salon kecantikan dan kedai cermin mata di seluruh negara tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP dilaksanakan," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama
Ismail Sabri Yaakob. - Foto Bernama

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai PKP di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Terdahulu, kerajaan pada Jumaat lalu, mengumumkan kelonggaran sembilan industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.

Dalam satu kenyataan, keputusan berkenaan diambil menerusi mesyuarat kabinet pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, keputusan yang diumumkan itu mendapat reaksi pelbagai daripada rakyat yang kebanyakkan tidak bersetuju kerana bimbang wujud kluster kedai gunting selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Perkhidmatan gunting rambut asas antara dibenar operasi semasa PKP

Gunting rambut: Alasan lebih ramai rakyat keluar rumah