Lori bantuan beras terjunam dalam parit

Sebahagian beras berada di dalam parit akibat jambatan runtuh. -Foto: Kompas
Sebahagian beras berada di dalam parit akibat jambatan runtuh. -Foto: Kompas
A
A
A

PONTIANAK - Sebuah lori membawa muatan beras bantuan untuk keluarga miskin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kalimantan Barat terjunam ke dalam parit akibat jambatan runtuh di hadapan di daerah Mempawah di sini.

Ketua Polis Daerah Mempawah, AKBP Tulus Sinaga berkata, lori membawa muatan tujuh tan beras itu dari bantuan kerajaan kepada masyarakat setempat, lapor Kompas.

"Lori itu terjunam dari jambatan mengakibatkan 92 kampit beras atau 920 kilogram terjatuh dalam parit.

"Kemalangan berlaku ketika lori itu keluar dari pejabat daerah Sungai Kunyit.

"Perancangan awal, lori ini akan pergi ke lokasi yang ditetapkan sebelum proses agihan dilakukan di daerah tersebut," katanya.

Jelasnya, apabila lori berada di tengah-tengah jambatan kayu itu, tiba-tiba jambatan tersebut runtuh.

"Kemungkinan jambatan itu tidak dapat menampung berat lori tersebut bagaimanapun pemandu lori itu selamat," katanya.

Artikel Berkaitan: