Tiga ditahan disyaki kemuka dokumen palsu dana pembelian padi, beras RM20 juta

Seorang daripada tiga suspek yang merupakan lelaki berusia lingkungan 30-an dan bertugas sebagai pengurus operasi telah direman selama lima hari sehingga 11 Julai 2026. Foto SPRM
Seorang daripada tiga suspek yang merupakan lelaki berusia lingkungan 30-an dan bertugas sebagai pengurus operasi telah direman selama lima hari sehingga 11 Julai 2026. Foto SPRM
A
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu, termasuk dua pengarah sebuah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras, kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan berjumlah kira-kira RM20 juta, tahun lalu.

Menurut sumber, penahanan itu dibuat susulan siasatan terhadap permohonan Kemudahan Modal Kerja Perdagangan-I (Trade Working Capital Financing) yang dikemukakan kepada sebuah institusi kewangan pembangunan bagi tujuan pembelian padi dan beras.

Sumber berkata, seorang daripada suspek, lelaki berusia lingkungan 30-an yang bertugas sebagai pengurus operasi direman selama lima hari sehingga 11 Julai 2026 bagi membantu siasatan.

“Perintah reman dikeluarkan Majistret Eliana Ismail selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Sivil Alor Setar pada pagi Selasa.

“Suspek ditahan kira-kira jam 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Alor Setar,” katanya pada Selasa.

Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek yang mempunyai pertalian keluarga dipercayai berpakat melakukan perbuatan itu pada tahun 2025.

Bagaimanapun, dua lagi suspek lelaki berusia lingkungan 60-an yang juga pengarah syarikat dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas keterangan mereka direkodkan.

“Kesemua suspek dipercayai mengemukakan dokumen palsu tersebut kepada institusi kewangan pembangunan, bagaimanapun tidak berlaku urusan pembelian padi dan beras tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga individu terbabit.

Artikel Berkaitan:

Menurut beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 kerana mengemukakan dokumen mengandungi butiran palsu bagi tujuan memperoleh kemudahan atau manfaat tertentu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!