Marsch tabik pemain Kanada

Marsch tetap bangga dengan semangat juang ditampilkan pemainnya ketika tumpas 0-3 kepada Maghribi di pusingan 16. Foto Agensi
Marsch tetap bangga dengan semangat juang ditampilkan pemainnya ketika tumpas 0-3 kepada Maghribi di pusingan 16. Foto Agensi
A
A
A

JURULATIH Kanada, Jesse Marsch tetap berbangga dengan persembahan anak buahnya meskipun kemaraan mereka di Piala Dunia berakhir selepas tewas 0-3 kepada Maghribi dalam aksi pusingan 16 terbaik di Houston.

Kanada turun tanpa tonggak utama, Alphonso Davies yang diketepikan akibat kecederaan hamstring, namun masih berjaya menguasai sebahagian besar permainan sebelum dihukum ketumpulan penyudah dan kekentalan lawan.

“Sejujurnya saya sangat bangga dengan pemain kami. Mereka bermain dengan baik dan memberikan segalanya di atas padang,” kata Marsch.

Tambah Marsch, Kanada menunjukkan mereka mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia, namun gagal memanfaatkan dominasi awal perlawanan.

“Kami menguasai permainan pada babak pertama dan lebih agresif, tetapi tidak cukup tajam di depan gol,” katanya.

Beliau turut menegaskan kejohanan ini menjadi titik permulaan penting buat Kanada untuk membina identiti dan standard permainan lebih tinggi pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!