Ujian klinikal rawatan Ebola bermula di Congo

GENEVA - Ujian klinikal dua rawatan berpotensi bagi strain Bundibugyo yang mencetuskan wabak Ebola terbaharu di Republik Demokratik Congo (DRC) bermula pada Khamis.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan kaedah rawatan itu menggunakan antibodi monoklonal MBP134 dan ubat antivirus remdesivir yang diberikan secara berasingan atau terapi kombinasi.
Ketua Bahagian Rangka Kerja Penyelidikan dan Pembangunan, Vasee Moorthy berkata, rawatan itu akan dimulakan di kemudahan di Ituri sebelum diperluaskan secara berperingkat ke wilayah lain.
Menurutnya, pesakit akan dibahagikan secara rawak kepada empat kumpulan iaitu penerima remdesivir, MBP134, kedua-duanya atau tanpa rawatan bagi menilai keberkesanan kombinasi tersebut.
Sehingga kini, kira-kira 1,406 kes dan lebih 400 kematian disahkan di Congo manakala seramai 208 pesakit dilaporkan pulih.
Krisis Ebola semasa merupakan wabak ke-17 yang melanda Kinshasa manakala wabak paling maut sebelum ini meragut hampir 2,300 nyawa antara 2018 hingga 2020. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

