10 virus paling berbahaya di dunia

Marburg sejenis virus demam berdarah dengan kadar kematiannya boleh mencecah 90 peratus.
Marburg sejenis virus demam berdarah dengan kadar kematiannya boleh mencecah 90 peratus.
A
A
A

VIRUS merupakan mikroorganisma berbahaya yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit serius kepada manusia.

Sesetengah virus yang masih tiada vaksin mampu merebak dengan cepat dan membawa maut akibat komplikasi seperti pendarahan, kerosakan organ serta kegagalan sistem badan.

Berikut ialah 10 virus paling memberi ancaman kepada masyarakat dunia moden.

1. Marburg

Ia dinamakan sempena sebuah bandar kecil yang indah di tepi Sungai Lahn di Jerman, namun nama itu tiada kaitan dengan penyakit tersebut.

Marburg ialah sejenis virus demam berdarah. Gejalanya serupa dengan Ebola yang menyebabkan sawan dan pendarahan pada membran mukus, kulit serta organ. Kadar kematiannya boleh mencecah 90 peratus.

2. Ebola

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Terdapat enam spesies virus Ebola yang dikenal pasti. Ia dinamakan sempena lokasi kes pertama direkodkan seperti Zaire, Sudan, Tai Forest, Bundibugyo dan Bombali.

Strain Zaire pernah mencetuskan wabak dengan kadar kematian sehingga 90 peratus.

Saintis percaya spesies kelawar buah mungkin membawa virus tersebut ke kawasan bandar.

3. Hantavirus

No Image Caption

Virus bawaan tikus ini dinamakan sempena sebuah sungai tempat askar Amerika dipercayai pertama kali dijangkiti ketika Perang Korea pada 1950.

Gejalanya termasuk penyakit paru-paru, demam dan kegagalan buah pinggang.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi jaminan risiko penularannya dalam kalangan manusia kekal rendah.

4. Selesema burung

No Image Caption

Pelbagai strain selesema burung sering mencetuskan panik kerana kadar kematiannya boleh mencapai 70 peratus. Namun, risiko dijangkiti H5N1, salah satu strain paling terkenal agak rendah.

Jangkitan hanya berlaku melalui sentuhan langsung dengan haiwan ternakan dijangkiti dan kes melibatkan manusia jarang berlaku.

5. Lassa

No Image Caption

Seorang jururawat di Nigeria menjadi individu pertama yang dijangkiti virus Lassa yang disebarkan oleh tikus.

Kes jangkitan boleh menjadi endemik iaitu virus berkenaan wujud secara tetap di sesuatu kawasan seperti Afrika Barat dan boleh berulang pada bila-bila masa.

Saintis menganggarkan 15 peratus tikus di Afrika Barat membawa virus tersebut.

6. Junin

No Image Caption

Ia dikaitkan dengan demam berdarah Argentina. Individu yang dijangkiti mengalami keradangan tisu, sepsis dan pendarahan kulit.

Gejala penyakit itu kelihatan biasa menyebabkan ia tidak dapat dikesan atau dikenal pasti pada peringkat awal.

7. Demam Crimea-Congo

No Image Caption

Virus ini disebarkan oleh kutu dan ia menunjukkan perkembangan hampir serupa dengan jangkitan Ebola dan Marburg.

Pada fasa awal dijangkiti, pesakit mengalami bintik-bintik pendarahan kecil pada muka, mulut dan tekak.

8. Machupo

No Image Caption

Ia dikaitkan dengan demam berdarah Bolivia, juga dikenali sebagai tifus hitam. Jangkitannya boleh menyebabkan demam panas dan pendarahan teruk.

Cara penyakit ini merebak dan berkembang dalam tubuh manusia hampir sama dengan virus Junin. Virus bawaan tikus ini boleh merebak dari manusia ke manusia.

9. Virus Hutan Kyasanur (KFD)

No Image Caption

Saintis menemui virus ini di kawasan hutan di pantai barat daya India pada tahun 1955.

Ia disebarkan oleh kutu, tetapi saintis sukar menentukan pembawa utamanya. Tikus, burung dan babi hutan dipercayai boleh menjadi hos virus tersebut.

Individu yang dijangkiti mengalami demam panas, sakit kepala yang teruk dan sakit otot yang boleh menyebabkan pendarahan.

10. Demam denggi

No Image Caption

Penyakit ini disebabkan oleh virus denggi dan disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes terutamanya Aedes aegypti. Ia membawa virus daripada pesakit dijangkiti kepada orang lain.

Nyamuk ini biasanya aktif pada waktu pagi dan lewat petang. Negara tropika seperti di rantau Asia lebih mudah mengalami penularan denggi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!