'Saya rindu keluarga saya tetapi...'

Facebook Kelvin Ang tarik perhatian ramai.
Facebook Kelvin Ang tarik perhatian ramai.
A
A
A

SINGAPURA - Seorang kapten bas SMRT merindui keluarganya di Malaysia setelah hampir sebulan tidak bertemu susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di kedua-dua buah negara itu.

Shandran Shederen Raman berkata, sejak Mac lalu, dia tidak bertemu keluarganya sejak Malaysia menutup sempadan di bawah PKP.

"Saya agak bimbang apabila penutupan itu diumumkan, tetapi saya memutuskan bahawa saya perlu mengorbankan masa untuk keluarga saya dan memberi sokongan saya kepada Singapura dengan terus bekerja.

"Saya rindu keluarga saya, tetapi saya fikir penting bagi saya untuk berada di sini dan memainkan peranan saya. Ia adalah jalan terbaik." katanya kepada The Pride.

Katanya, SMRT telah menyediakan tempat penginapan buat pekerja dalam tempoh tersebut.

"Kami tinggal di sebuah hotel yang sangat selesa dan saya sangat berterima kasih atas bantuan itu," luahnya.

Terdahulu kisah Shandran tular di laman sosial setelah melayan seorang pelajar istimewa yang bertanyakan tentang pekerjaannya di dalam MRT di sini.

Kisah itu dikongsi oleh pemilik akaun Facebook Kevin Ang yang begitu teruja melihat layanan baik Shandran terhadap pelajar itu.

Artikel Berkaitan:

"Budak lelaki itu kenal saya seorang kapten bas daripada pakaian seragam saya. Dia mula bertanya tentang tugas saya. Ia adalah perbualan yang baik, saya amat kagum dia tahu banyak perkara.

"Dia memang minat tentang bas dan mempunyai soalan yang sangat bijak mengenai laluan bas, model bas dan juga jenis enjin serta sistem dalaman bas," katanya Shandran lagi.